Kampung Boy
Kampung Boy

Kampung Boy

Kampung Boy (atau Lat, The Kampung Boy; Bahasa Melayu: Budak Kampung) ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang berkisarkan tentang pengalaman seorang budak lelaki yang membesar di Perak pada 1950-an. Buku ini bersama kesinambungannya, Town Boy (Budak Bandar; 1981), telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara, ia kemudian diikuti oleh sempalan komik ini, Kampung Boy: Yesterday and Today (Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini) yang diterbitkan pada 1994.Kampung Boy dan Town Boy merupakan antara karya-karya terawal Lat yang menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak dan remajanya. Karya-karya autobiografi Lat ini menjadi mercu tanda kerjaya Lat sebagai seorang kartunis, yang masih mengisahkan babak-babak hidupnya dari dulu hingga kini, dalam akhbar New Straits Times dan buku-buku kompilasi kartunnya.Buku ini merupakan keterangan autobiografi kehidupan artis, menceritakan pengembaraan beliau di dalam hutan dan lombong bijih timah, berkhatan, keluarga, dan kehidupannya di sekolah Ia juga merupakan asas bagi penyiaran siri animasi eponim pada tahun 1999. Diterbitkan pada tahun 1979 oleh Berita Publishing, The Kampung Boy merupakan satu kejayaan komersial dan kritikal; percetakan pertama (sekurang-kurangnya 60,000 salinan, 16 kali) telah habis dijual dalam tempoh empat bulan pelancarannya. Diceritakan dalam bahasa Inggeris dengan sedikit campur aduk Melayu, hasil karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti Jepun dan Perancis, dan dijual di luar negara.Buku ini menjadikan Lat seorang tokoh antarabangsa dan kartunis dipandang tinggi di Malaysia. Ia memenangi beberapa anugerah apabila dikeluarkan sebagai Kampung Boy di Amerika Syarikat, seperti International Outstanding Book bagi tahun 2007 dan Majlis Buku Kanak-kanak dan Senarai Buku Pilihan Penyunting bagi tahun 2006. Kampung Boy menjadi francais, dengan watak-wataknya menghiasi kalendar, setem, dan kapal terbang. Sebuah taman tema Malaysia dijadual dibuka pada tahun 2012 dengan watak-watak fiksyen sebagai sebahagian daripada tarikan. The Kampung Boy begitu popular di Asia Tenggara dan telah melalui 16 cetakan semula.

Rujukan

WikiPedia: Kampung Boy http://www.theage.com.au/entertainment/books/kampu... http://www.asiaone.com/print/News/Latest+News/Show... http://www.comicsreporter.com/index.php/cr_review_... http://books.google.com/books?id=ZT2GtJdMwKAC http://books.google.com/books?id=ZT2GtJdMwKAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=_likSSE9sEAC http://books.google.com/books?id=_likSSE9sEAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=iuAlINpoE0cC http://books.google.com/books?id=iuAlINpoE0cC&pg=P... http://latimesblogs.latimes.com/jacketcopy/2007/12...